Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Perikatan Nasional ada strategi kenapa letak saya di Tanjung Bidara - Mas Ermieyati -

[VIDEO] Perikatan Nasional ada strategi kenapa letak saya di Tanjung Bidara – Mas Ermieyati

KETUA Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengakui, tumpuan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini lebih terarah kepadanya selepas dicalonkan bertanding di kerusi ‘panas’ Tanjung Bidara.

Ini kerana, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah bakal berdepan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dari Barisan Nasional (BN) dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH).

Baginya, cabaran sebagai seorang calon dalam setiap pilihanraya adalah sama dan beliau cukup yakin, Perikatan Nasional (PN) mempunyai strategi tersendiri untuk mencalonkan beliau di DUN Tanjung Bidara.

“Saya yakin pasti ada sebab munasabah dan strategi oleh pucuk pimpinan parti yang meletakkan saya sebagai seorang calon pada PRN kali ini,” katanya ketika ditemui SatuBerita.

Sedangkan katanya, beliau tidak perlu bertanding di mana-mana kerusi DUN pada PRN Melaka kali ini, tetapi akur dengan pilihan parti yang mempunyai alasan tersendiri untuk meletakkan namanya sebagai calon.

Ketika ditanya mengenai strategi beliau yang akan berhadapan dengan Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, beliau menyatakan bahawa cabaran dan tumpuan tetap sama di mana-mana DUN.

“Mungkin tumpuan di situ lebih sikit sebab ada Pengerusi badan perhubungan UMNO,” katanya.

Baginya apa yang lebih penting adalah usaha membantu membangunkan kawasan berkenaan yang memiliki tarikan tersendiri sebagai pusat pelancongan dan ekonomi Melaka.

Jika menang, beliau berharap dapat melakukan banyak perancangan yang membabitkan anak muda, wanita dan setiap lapisan masyarakat untuk menterjemahkan keupayaan serta peningkatan ekonomi.

“Pendidikan juga tidak boleh ditinggalkan selaras dengan apa yang saya lakukan sebagai ahli parlimen, tetapi pada kali ini mungkin lebih dirangcang secara lebih berfokus untuk DUN Tanjung Bidara,” katanya. – SB