Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bantuan makanan, RM50 tiada kaitan raih undi PRN Melaka - Polis -

Bantuan makanan, RM50 tiada kaitan raih undi PRN Melaka – Polis

Polis menafikan penyebaran gambar bantuan bungkusan makanan yang diselitkan bersama wang tunai RM50 mempunyai kaitan dengan aktiviti meraih undi membabitkan atkan parti politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Azlan Abu, berkata siasatan yang dijalankan mendapati bungkusan makanan itu sebaliknya bantuan makanan kepada warga emas dan kejadian dilaporkan berlaku di luar Melaka.

“Hasil semakan Polis Melaka, terdapat sebuah video berkenaan kejadian itu menunjukkan agihan bantuan makanan dan wang tunai RM50 kepada orang tua, namun tidak dikesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa-apa lambang atau elemen parti politik di dalam kandungan video terbabit.

“Sehingga kini pihak polis tidak menerima sebarang laporan berkenaan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, tular di media sosial video dan gambar menunjukkan beberapa bungkusan makanan diselitkan wang tunai RM50 setiap satu dan keterangan gambar mendakwa ia berlaku di Melaka serta terdapat komen mendakwa program bantuan itu berunsurkan politik dan bertujuan meraih undi.

CETAKAN skrin rakaman yang tular di Facebook.

Azlan berkata, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan berita palsu atau tidak sahih yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat atau mengetahui mengenai kejadian terbabit agar berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Md Assyukri Saini di talian 016-7530492 bagi membantu siasatan lanjut.

“Orang ramai juga diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih demi kepentingan sendiri kerana tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya. – BERNAMA