Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pesawat kargo terhempas di Rusia, ragut 7 nyawa -

Pesawat kargo terhempas di Rusia, ragut 7 nyawa

SEBUAH pesawat kargo An-12 terhempas di wilayah Irkutsk Rusia pada Rabu, mengorbankan kesemua tujuh anak kapal.

Pesawat malang itu dalam perjalanan dari Yakutsk ke Irkutsk hilang daripada radar sebelum disahkan terhempas berhampiran lapangan terbang Irkutsk, lapor Agensi Berita Xinhua memetik TASS.

Antara yang maut dalam nahas itu dua warga Rusia dan dua warga Ukraine serta tiga rakyat Belarus.

Pesawat itu milik syarikat penerbangan Belarusia Grodno dan telah beroperasi sejak 1968.

Punca nahas kemungkinan disebabkan cuaca buruk, kecuaian manusia dan kerosakan teknikal termasuk kegagalan enjin akibat perlanggaran dengan burung. – BERNAMA