BARU sahaja melancarkan lagu Hujan semalam, video muzik yang dimuatnaik ke dalam YouTube Rusa Music itu sudah mendapat 24,000 tanda suka, 11,000 dislike dan lebih 6,000 komen kurang 24 jam.
Sudah tentu lagu nyanyian usahawan kontroversi Iqbal Zulkefli menarik perhatian ramai apabila trending nombor satu di YouTube memandangkan ia adalah terjemahan apa yang telah dilalui menerusi lagu berkenaan.

“Kejayaan ini membuat saya akan lebih usaha lagi, terutama sekali belajar vokal. Walaupun Eric memuji saya cepat belajar, mudah bekerjasama, saya tetap nak belajar dan mungkin akan mengambil masa selama enam bulan.
“Biarpun sesibuk mana sekalipun, saya tetap akan belajar. Apa yang membuat saya lebih gembira apabila karya dan isi hati itu dapat dikongsi kepada masyarakat Malaysia,” katanya.
Terdahulu nama Iqbal panas apabila kisah cintanya bersama dengan Datuk Seri Vida tidak kesampaian. Cinta mereka bukan sahaja ‘dihalang’ oleh anak-anak Vida, tetapi juga mengundang kecaman netizen yang menganggap kisah mereka sekadar publisiti sahaja.

Pelbagai drama mula terjadi di antara mereka sehinggalah Iqbal mengambil keputusan untuk merakamkan lagu Hujan sebagai ‘tanda’ kisah mereka berdua.
Pun begitu hasrat untuk menghasilkan single Hujan sebelum ini membuatkan dirinya dikecam dan dihina, Iqbal menyatakan dia tetap berpuas hati dengan hasilnya.
“Saya boleh terima apa sahaja kata-kata orang dan tak terkesan dengan kecaman orang, kecuali daripada seorang penerbit yang saya rasakan tidak adil.
“Dia bukan setakat komen suara tidak sedap dan kepit, malah telah melontarkan fitnah. Kalau bagi komen agar saya lebih banyak belajar, boleh terima,” tambahnya lagi.
Hujan merupakan lagu ciptaan Oja dan Zai Hamzah. Manakala lirik pula hasil tulisan Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.