Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Melaka: 70 peratus kempen PAS melalui media sosial -

PRN Melaka: 70 peratus kempen PAS melalui media sosial

PAS akan melaksanakan 70 peratus kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka melalui media sosial, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Besar Kedah itu berkata, langkah itu diambil bagi menghadapi kemungkinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Melaka.

Ia termasuklah tidak membenarkan kempen konvensional seperti ziarah rumah ke rumah dilakukan bagi mengekang penularan COVID-19.

”Baki 30 peratus lagi ialah kempen konvensional yang mungkin melibatkan ziarah, tetapi saya yakin ziarah kita tidaklah lagi semeriah dulu atas alasan pandemik COVID-19, jaga SOP.

“Kita pun nak elak daripada petugas kita menanggung risiko atau pun menjadi penular wabak ini, jadi kita aktifkan media sosial,” katanya semasa melancarkan Jentera PAS PRN Melaka secara maya, malam tadi.

Mengulas kerusi yang akan ditandingi PAS pada PRN itu, beliau mengulangi kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam bahawa rundingan membabitkan Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO dan Perikatan Nasional (PN), yang dianggotai Bersatu dan Gerakan, masih berlangsung.

”Kita ada landasan yang telah dirintis oleh para pimpinan… kita ada PN, MN dan sekarang ini (kita) sedang berunding supaya kita hanya ada dua penjuru sahaja dalam PRN Melaka.

“Kita harap rundingan ini berjaya dan inilah yang sedang kita usahakan,” katanya.

SPR menetapkan tarikh penamaan untuk PRN Melaka pada 8 November diikuti undi awal pada 16 November dan mengundi pada 20 November. 

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Oktober lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – BERNAMA