POLIS sudah mengenal pasti pemandu kereta Perodua Bezza yang dipercayai memandu melawan arus di Lebuhraya Senai-Desaru, Johor Bahru, Johor.
Baca berita berkaitan: [VIDEO] Pemandu Bezza lawan arus di Lebuh Raya Senai-Desaru hampir langgar dua kereta
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak, berkata ia susulan rakaman video yang tular di berhubung sebuah kenderaan dipandu secara berbahaya dipercayai berlaku jam 11.45 malam, Jumaat lalu.
“Polis mengesahkan satu kes memandu secara melulu dan berbahaya membabitkan sebuah kereta Perodua Bezza warna coklat yang dirakam melawan arus.
“Bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam mengesan pemilik dan pemandu yang membawa kenderaan itu, jam 7 malam, Sabtu lepas.
“Polis sudah mengarahkan pemandu berkenaan supaya tampil memberi keterangan, selain kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Menurut beliau, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.
Terdahulu, tular video berdurasi 41 saat di Facebook yang memaparkan sebuah kenderaan memandu melawan arus di lebuh raya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.