Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lima penunggang ditahan buat aksi 'wheelie', 'Superman' di Port Dickson -

Lima penunggang ditahan buat aksi ‘wheelie’, ‘Superman’ di Port Dickson

LIMA lelaki termasuk seorang pelajar sekolah ditahan selepas dipercayai menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya antara kilometer 14 hingga 20 di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson arah Seremban dan Port Dickson, semalam.

Mereka yang berusia 17 hingga 20 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari bahagian risikan dan operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman antara jam 1 tengah hari hingga 2.35 petang.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek didapati menunggang motosikal dengan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) serta meluruskan kedua-dua kaki ala Superman di atas jalan raya.

“Aksi wheelie dan Superman itu sangat berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, sebelum tangkapan dijalankan, seorang daripada mereka dari arah Seremban ke Port Dickson, manakala empat lagi dari arah Port Dickson ke Seremban.

“Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

“Memandu atau menunggang dengan cara melulu dan bahaya boleh dikenakan hukuman penjara kurang lima tahun dan denda RM5,000-RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu lebih lima tahun jika sabit kesalahan,” katanya. – SB