Kanak-kanak 4 tahun parah ditikam warga emas di taman permainan

0
297

POLIS menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki menikam kanak-kanak lelaki berusia empat tahun hingga parah menggunakan pisau di taman permainan rumah pangsa, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.39 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya yang tiba 10 minit kemudian menahan lelaki berusia lingkungan 80-an itu yang juga jiran mangsa ketika bersembunyi di rumah pangsa itu.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod psikiatri dan motif kejadian masih disiasat.

Mangsa pula sudah dibawa keluarga ke Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau benda merbahaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999) atau mana-mana balai polis berhampiran. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here