Oleh SatuBerita
HAJAT hati nak melaram dengan barangan bayi berjenama akhirnya tak kesampaian apabila Datin Almy Nadia ditipu seorang penjual produk barangan bayi beberapa hari yang lalu.
Mendedahkan perkara tersebut, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz mendakwa ini kali pertama dia melakukan pembelian melalui laman Instagram memandangkan sebelum ini mereka menggunakan aplikasi pembelian online yang lain.
“Ini kali pertama saya terkena. Tak tahulah macam mana boleh tergerak hati nak beli melalui Instagram. Sudahnya jadi mangsa penipuan penjual tersebut.
“Tak ada siapa mahu ditipu tapi bila ah terkena ni, takkan nak diam diri. Sekarang kami jadi mangsa, reda tu reda tapi kena ambil tindakan untuk pengajaran,” kata Almy mengulas mengenai hal tersebut.
Terdahulu Fizz ada membuat perkongsian dia Instagram miliknya dengan memaparkan tangkap layar akaun tersebut.
“Sudah tukar nama? Scammer tetap scammer. Hati-hati tau, dia tetap cari mangsa lagi. Nak beli elok beli di kedai sahaja,” tulis Fizz.
Mengikut Almy, dia sudah membayar sebanyak RM570 untuk membeli kereta sorong bayi dan katil (baby coat) sebagai persediaan menyambut anak keempat yang bakal lahir nanti.
“Semuanya berjalan baik tetapi bila nak hanyar dia minta tambah RM1,200 lagi. Katanya mesti bayar sebab barang dah dibungkus. Eh, kenapa macam tu? Padahal harga asal tak begitu.
“Masa beli mula-mula dulu tak ada pula saya tandatangan apa-apa surat untuk mengatakan kena tambah bayaran. Bila dia berkeras nk minta duit tambahan, saya minta pulangkan semula wang yang dah diberi.
“Bila saya berkeras tak mahu bayar, dia terus tak baca mesej. Cubaan demi cubaan dibuat pun tak berhasil,” katanya yang membuat laporan polis semalam.
Menganggap apa yang berlaku adalah pengajaran untuknya, Almy meminta orang ramai untuk berhati-hati apabila membeli secara online agar tidak menjadi mangsa penipuan seterusnya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.