Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KM: Kerajaan pastikan rakyat pedalaman Sarawak nikmati kemudahan akses internet -

KM: Kerajaan pastikan rakyat pedalaman Sarawak nikmati kemudahan akses internet

KERAJAAN Sarawak yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memastikan kawasan luar bandar dan pedalaman negeri itu menikmati kemudahan akses internet.

Ketua Menterinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata terdapat kawasan luar bandar di negeri itu sudah mempunyai menara komunikasi namun tidak dilengkapi piring pemancar satelit untuk internet.

Jelasnya, syarikat telekomunikasi tidak memasang pemancar talian internet mereka kerana lokasi di pedalaman tidak menguntungkan berikutan jumlah pengguna yang kurang di kawasan terbabit.

“Justeru itu, kerajaan negeri berbincang dan kita harus bantu rakyat di kampung dan luar bandar dapatkan kemudahan akses internet.

“Kalau kosnya banyak, tak apalah…kita bayar dan itulah yang kita perkenalkan inisiatif Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN),” katanya pada majlis pelancaran Linking Urban, Rural and Nation dan Sarawak Rural Broadband Network (SALURAN-MYSRBN) Kampung Tengah di Trusan, Lawas, Sarawak, hari ini.

Jelasnya usaha itu sejajar dengan hasrat kerajaan Sarawak mencapai 93.6 peratus kawasan berpendudukan di negeri itu dilengkapi dengan capaian liputan perkhidmatan internet.

Katanya, usaha melengkapkan kemudahan itu dibuat secara berterusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak menerusi inisiatif itu di samping melalui program Jalinan Digital Negara (JENDELA) daripada kerajaan Persekutuan.

Bagi penduduk di daerah Trusan katanya, inisiatif itu akan memacu perubahan pembangunan serta ekonomi setempat.

“Usaha ini bukanlah impak sementara tapi untuk masa hadapan anak-anak kita yang memerlukan kemudahan ini kelak,” katanya. – BERNAMA