Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Banjir: 234 penduduk dipindahkan ke 7 PPS di Kedah -

Banjir: 234 penduduk dipindahkan ke 7 PPS di Kedah

SERAMAI 234 penduduk membabitkan 80 keluarga dipindahkan ke tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kedah apabila kediaman mereka ditenggelami banjir sejak malam tadi.

Hujan berterusan sejak Khamis lalu menyebabkan rumah penduduk dinaiki air hingga paras satu meter.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Baling, Kapten (PA) Rasidah Kassim, berkata, sebanyak lima mukim dilanda banjir membabitkan Mukim Siong, Bongor, Baling, Pulai dan Kupang.

Tujuh PPS yang dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Titi Gantung, SK Tunku Putera, SK Pulai, SK Keda dan Dewan Orang Ramai Banggol Derum di Baling. .

“Sejak Khamis lalu, sebanyak 369 keluarga terjejas akibat banjir, bagaimanapun hanya 234 mangsa masih berada di PPS sehingga jam 8 pagi ini.

“Ada di antara mangsa di beberapa kampung dibenarkan pulang kerana keadaan sudah pulih, bagaimanapun PPS masih dibuka jika banjir terus berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hujan lebat berterusan sehingga malam tadi menyebabkan limpahan Sungai Ketil, memasuki rumah penduduk kira-kira jam 8 malam. – SB