SERAMAI 33 individu dikenakan kompaun kerana mengadakan majlis hari jadi di sebuah rumah banglo di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, lewat malam tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan majlis itu daripada orang awam.
Katanya, serbuan yang dijalankan pada 10 malam itu mendapati 32 warga tempatan dan seorang warga asing (penjaga rumah) sedang mengadakan majlis hari jadi.
“Kesemua pengunjung telah diberikan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Amihizam berkata, hasil ujian saringan air kencing pula mendapati seorang lelaki serta seorang wanita didapati positif dadah.
“Kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.