Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Pemandu Bezza lawan arus di Lebuh Raya Senai-Desaru hampir langgar dua kereta -

[VIDEO] Pemandu Bezza lawan arus di Lebuh Raya Senai-Desaru hampir langgar dua kereta

KES kereta melawan arus berlaku lagi apabila terbaharu sebuah kereta Perodua Bezza dipandu melawan arus di Lebuh Raya SDE (Senai-Desaru Expressway), Johor Bahru, Johor.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11.45 malam, semalam, sempat dirakam dan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mdm Zukin.

Video tersebut dimuatnaik di Facebook kira-kira pukul 12.50 pagi, pada Sabtu.

Menerusi video yang berdurasi 41 saat itu, kelihatan kereta yang melawan arus berkenaan hampir melanggar dua buah kenderaan lain yang menggunakan lebuhraya tersebut.

Juga kelihatan kereta itu bergerak dalam kelajuan sederhana dan membuka lampu kecemasan.

Bagaimanapun, lebih membimbangkan apabila kereta tersebut dipandu di lorong kanan iaitu lorong untuk memintas di lebuh raya.

Rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa marah dan bimbang akan pemandu yang memandu secara berbahaya itu. – SB