Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tuntutan Kedah kepada Pulau Pinang bukan urusan Kon Yeow -

Tuntutan Kedah kepada Pulau Pinang bukan urusan Kon Yeow

Oleh RIZQI ZABIDI

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan Kedah untuk menuntut bayaran royalti berjumlah RM100 juta bagi pajakan Pulau Pinang daripada kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan Kon Yeow memandangkan permohonan tersebut dibuat kepada kerajaan Persekutuan.

“Selama ini pun pembayaran royalti berjumlah RM10,000 dan sumbangan khas RM10 juta setahun dibayar oleh kerajaan Persekutuan.

“Hal permintaan Kedah kepada kerajaan Persekutuan ini bukan urusan beliau,” katanya ketika dihubungi Warta Rakyat di sini, hari ini.

Kelmarin Muhammad Sanusi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco mendedahkan bahawa kerajaan negeri Kedah turut memohon kepada Kementerian Kewangan supaya tuntutan royalti Pulau Pinang dinaikkan kepada RM100 juta.

Permintaan itu kemudiannya mendapat perhatian Kon Yeow yang menegaskan pendirian bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tetap bertegas tidak akan membuat sebarang pembayaran kepada Kedah.

Malah Kon Yeow juga berkata, kerajaan Persekutuan tidak perlu melayan apa-apa tuntutan luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada. – SB