Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kanser: Isteri penyumbang kepada pemulihan Muhyiddin -

[VIDEO] Kanser: Isteri penyumbang kepada pemulihan Muhyiddin

BUAT pertama kalinya bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsikan pengalamannya sebagai seorang wira barah (cancer survivor).

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara memberitahu, pada peringkat awal dirinya tidak merasakan apa-apa kejanggalan kerana tidak mengalami gejala sepertimana pesakit barah yang lain.

Selain itu menurut beliau, dirinya bernasib baik kerana penyakit saya dikesan pada peringkat awal oleh doktor.

Jelas beliau, hasil dari maklumat awal itu dia telah membuat keputusan untuk melakukan pembedahan besar bagi membuang ketumbuhan akibat barah tersebut.

“Namun, doktor memberitahu saya memerlukan masa antara tiga hingga lima tahun untuk benar-benar bebas daripada barah.

“Justeru, doktor menasihatkan saya untuk berhati-hati dan menjaga rawatan susulan serta berehat apabila diperlukan. Itu sebabnya saya bercuti pada peringkat awal (menjadi Perdana Menteri) kembali bekerja secara berperingkat kerana pada ketika itu penyakit ini masih belum pulih sepenuhnya lagi,” katanya.

Muhyiddin menambah sepanjang diuji dengan barah, beliau mempunyai seorang teman yang sentiasa berada di samping dirinya membantu dan memberikan semangat.

Temannya itu, kata beliau, ialah isterinya yang tercinta Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

“Dalam keadaan tidak sihat setiap oramg memerlukan seorang yang bukan sahaja menyayangi tetapi membantu dan menjaga kita dalam semua hal.

“Itulah yang dilakukan oleh isteri saya, kalau dulu jadi jururawat selepas itu naikkan pangkat dia menjadi Matron,” kata Muhyiddin sambil berseloroh dalam rancangan temu bual secara langsung di Garasi TV.

Tambah beliau, apa yang dilakukan oleh isterinya banyak membantu menyegerakan proses penyembuhan daripada penyakit barah yang dialami.

Muhyiddin turut menyatakan dia berasa amat bertuah kerana memiliki seorang isteri seperti Noorainee yang banyak sentiasa di samping dirinya ketika beliau diuji dengan barah. – SB