Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pelantikan Khairy penghormatan untuk negara - Muhyiddin -

Pelantikan Khairy penghormatan untuk negara – Muhyiddin

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atas pelantikan beliau sebagai Naib Presiden bagi Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-75 yang akan berlangsung di Geneva, Switzerland pada tahun depan.

Muhyiddin berkata, pemilihan Khairy secara sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke -72, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sesungguhnya satu penghormatan besar kepada Malaysia dan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya percaya pemilihan ini juga merupakan satu pengiktirafan kepada para petugas barisan hadapan kesihatan negara yang terus komited memikul dan melaksana tanggungjawab dalam melawan pandemik COVID-19,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau juga berharap dengan pengiktirafan ini, Malaysia akan meneruskan kelantangan dalam memperjuangkan isu-isu seperti kesaksamaan akses vaksinasi untuk negara-negara membangun dan berani menyuarakan isu-isu kesihatan awam dunia bukan sahaja untuk kepentingan negara tetapi juga untuk kepentingan serantau.

“Selaku Naib Presiden, saya yakin Menteri Kesihatan, Khairy akan menggunakan peluang ini untuk memastikan Malaysia akan dapat memainkan peranan lebih besar dalam program-program kesihatan dunia khususnya ketika negara berada dalam fasa pemulihan pasca pandemik,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan pelantikan Khairy sebagai Naib Presiden bagi WHA Ke-75 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei tahun depan di Geneva, Switzerland. – SB