Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kapal kargo Indonesia karam, 9 anak kapal hilang -

Kapal kargo Indonesia karam, 9 anak kapal hilang

SEBUAH kapal kargo Indonesia karam di perairan utara Pulau Bali dengan sembilan orang hilang dan enam lagi telah diselamatkan, kata jurucakap Pejabat Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia Yusuf Latief di sini pada malam Selasa.

Enam anak kapal itu telah diselamatkan oleh sebuah kapal lain LCT Depasena Dua pada Isnin, kata jurucakap itu.

Selepas menerima laporan mengenai kemalangan yang berlaku pada Okt 23, pejabat mencari dan menyelamat di Bali segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat, katanya kepada Xinhua melalui telefon.

Operasi itu akan diteruskan sehingga beberapa hari lagi, katanya, sambil menambah kapal KM Liberty 1 itu karam akibat dibadai ribut. – BERNAMA