Mirziyovev dilantik semula jadi Presiden Uzbekistan

0
254

PRESIDEN Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev telah dilantik semula dengan 80.1 peratus undi semasa pilihan raya yang telah diadakan pada Ahad.

“Terima kasih saya ucapkan kepada rakyat atas kepercayaan mereka,” kata Mirziyoyev.

Mirziyoyev yang mewakili Parti Demokratik Liberal dan antara janji kempen pilihan raya beliau adalah meneruskan pembaharuan, melancarkan lebih banyak projek perindustrian, menyediakan pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Antara calon lain yang turut bertanding termasuk Alisher Kadirov dari Parti National Revival Democratic, Maksuda Varisova dari Parti Demokratik Rakyat dan Narzullo Oblomurodov dari Parti Ekologi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here