Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bunuh rakan, tukang cuci dihukum gantung sampai mati -

Bunuh rakan, tukang cuci dihukum gantung sampai mati

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung terhadap seorang tukang cuci atas kesalahan menyebabkan kematian rakannya, tiga tahun lalu.

Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor membuat keputusan itu terhadap tertuduh, C. Puvaneswaran, 30, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan berkenaan.

“Mahkamah telah meneliti nota keterangan yang direkod dan membaca hujahan yang dikemukakan kedua-dua pihak.

“Mengambil keterangan yang ada, mahkamah memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, maka atas alasan ini pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes dan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang ialah hukuman mati,” katanya seperti dilaporkan Sinar harian, hari ini.

Puvaneswaran yang hadir dengan memakai baju dan seluar hitam menundukkan kepala ketika mendengar keputusan itu dibaca.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didapati menyebabkan kematian G. Ganesh yang berusia 29 tahun ketika kejadian.

Kesalahan dilakukan di Jalan Kuala Klawang, Hulu Langat antara pukul 12.30 tengah malam hingga 6.05 pagi, 24 Julai 2018 lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Heikal Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan.