Latif Romly selamat bertunang

0
484

ATLET paralimpik negara yang baru sahaja memenangi pingat emas di sukan Paralimpik Tokyo tempoh hari, Latif Romly atau nama sebenarnya Abdul Latif bin Romly telah selamat bergelar tunangan orang apabila mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati.

Hal ini dikongsikan sendiri jaguh lompat jauh itu apabila memuat naik gambar di Instagram segak berbaju Melayu rona sedondon dengan tunangnya yang dikenali sebagai Nabila Farhana, semalam.

”Alhamdulilah one step closer. I love you! (23/10/2021),” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian beliau turut dihujani ucapan tahniah warga maya dan pengikutnya yang rata-ratanya mendoakan kebahagiaan untuknya.

Sebelum ini media melaporkan, ibu kepada atlet paralimpik negara itu Salmah Yatim, 64, mengatakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa ini kerana masih memberi tumpuan dalam sukan dan menyasarkan untuk menyertai Sukan Paralimpik di Paris pada 2024. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here