Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
46 kematian baharu Covid-19, 12 BID -

46 kematian baharu Covid-19, 12 BID

SEJUMLAH 46 kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam, yang mana daripada jumlah itu, 12 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Menurut data yang dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 28,400.

Kematian tertinggi dicatatkan berlaku di Kedah dan Sarawak iaitu masing-masing lapan kes, diikuti Perak (enam), Johor (lima), Sabah, Selangor dan Terengganu (masing-masing empat), Pulau Pinang (tiga) serta Kelantan dan Negeri Sembilan (masing-masing dua).

Sementara itu, tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Perlis, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 75,947 kes aktif dilaporkan, termasuk 603 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 300 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 6,978 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2.43 juta. – SB