Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Sah, Fizo Omar tamatkan zaman duda -

[VIDEO] Sah, Fizo Omar tamatkan zaman duda

SELEPAS menduda selama dua tahun, pelakon Fizo Omar sah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, semalam.

Berdasarkan perkongsian di Instagram @fazeeranazriaz, mengesahkan mereka berdua telah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Gambar pasangan pengantin baharu itu anggun berpakaian lengkap busana pengantin berwarna putih duduk di atas pelamin cukup menjawab segala desas-desus berhubung status sebenar pelakon drama Pengantin Satu Malam itu.

Sebelum ini SatuBerita melaporkan akaun Instagram yang sama memuat naik dua keping gambar wanita berbusana pengantin dalam Instagram tersebut yang dipercayai isteri baharu kepada Fizo Omar.

Bahkan, akaun Instagram itu yang menggunakan nama ‘Fizo Faz’ turut menggunakan gambar profil Fizo berbaju Melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam seperti yang dikongsikan pelakon itu semalam menerusi Instagram miliknya.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik dalam Instagram berkenaan, foto pertama yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki sedang menyarung cincin ke jari seorang wanita dengan kapsyen berbunyi “Alhamdulillah”.

Semalam, pelakon lelaki itu memuat naik sekeping gambar memakai persalinan baju melayu berwarna putih bersama anak perempuannya, Wan Maryam, di Instagram.

Walaupun tidak mengesahkan tentang khabar gembira itu namun Fizo memberi bayangan dia kini sudah keluar daripada kumpulan selebriti berstatus duda iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.

“Ok abe Joe (Fizo) left group ‘recond’ dulu ok. Apa-apa roger ok. @sharnaazahmad @nazimothman @azleekhairiofficial,” tulis Fizo secara ringkas.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen yang turut melahirkan rasa syukur atas pernikahan Fizo atau nama sebenanrya Wan Hafizol Wan Omar.

“Tahniah akhirnya abe Joe kahwin juga. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu.

“Syukur Alhamdulillah… Allah pertemukan jodoh. Semoga bahagia hingga ke jannah,” komen netizen.

Terdahulu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. – SB