Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Taman Negara Johor dibuka bermula 1 November -

Taman Negara Johor dibuka bermula 1 November

SEMUA Taman Negara di Johor akan dibuka kepada pengunjung bermula 1 November ini.

Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Hanis Musalman Salehan berkata, hanya pengunjung lengkap suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan masuk ke taman berkenaan. 

“lndividu yang telah menerima vaksinasi lengkap dibenarkan membawa masuk anak-anak berusia 18 tahun ke bawah bagi sebarang aktiviti dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan pada Khamis.

Beliau berkata, Taman Negara Endau-Rompin Peta, Taman Negara Endau-Rompin Selai, Taman Negara Gunung Ledang dan Taman Negara Tanjung Piai dibuka sepenuhnya manakala Taman Negara Pulau Kukup hanya dibuka untuk aktiviti memancing dan menaiki bot.

Katanya, Taman Negara Johor bukan sahaja antara destinasi ekopelancongan terkenal di negara ini, malah keindahan flora dan faunanya sentiasa memukau pengunjung.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang PTNJ di www.johornationalparks.gov.my. – Bernama