SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kementerian berkenaan akan turut memberikan pandangan berhubung perkara terbabit pada mesyuarat sama.
Beliau berkata, setiap SOP yang dicadangkan oleh SPR akan mengambil kira pengalaman PRN Sabah tahun lepas.
“Kita akan pastikan apa yang berlaku di Sabah tidak berulang… dan pandangan saya, semasa PRN Sabah kita belum ada vaksinasi dan kita terima hakikat di Sabah pada masa itu tiada penularan varian Delta.
“KKM akan berikan ulasan esok kerana esok akan dimuktamadkan SOP pilihan raya,” katanya pada sidang media pada Khamis. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.