Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mesyuarat Menteri Negara FPDA setuju tingkat kerjasama - Hishammuddin -

Mesyuarat Menteri Negara FPDA setuju tingkat kerjasama – Hishammuddin

FOKUS kepada usaha meneruskan siri pertempuran tahap tinggi dengan pengenalan kepada aset generasi ke-50 adalah antara tindakan yang dipersetujui dalam mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan (FDMM) Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) ke-11.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia turut termasuk meningkatkan misi Anti-Terrorism.

Beliau berkata, mesyuarat itu juga bersetuju memberi lebih banyak fokus kepada pengenalan aspek keselamatan siber secara progresif dalam latihan-latihan FPDA.

“Kita juga akan meneruskan program pemerhatian sebagai satu cara untuk meningkatkan ketelusan dan jaminan dengan negara rakan serantau,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, dengan prinsip 3R yakni Bidang Kuasa (Remit), Relevan, dan Jaminan (Reassurance), FPDA ke-50 menetapkan hala tuju masa depan terhadap keutamaan strategi FPDA, proses organisasi dan struktur serta rancangan aktiviti.
 
Beliau berkata, mesyuarat FDMM hari ini adalah pengesahan terhadap komitmen berterusan kelima-lima negara FPDA.

“Semua pemimpin menyuarakan rasa puas hati dengan hasil mesyuarat yang meliputi pertukaran pandangan mengenai kemunculan cabaran berhubung keselamatan dalam konteks kerjasama pertahanan serantau, perbincangan mengenai latihan dan kegiatan FPDA, rancangan 10 tahun latihan dari 2022 hingga 2031, dan penerapan FPDA Anniversary Stock-Take ke-50,” katanya.

Mesyuarat yang diadakan secara fizikal dan secara maya itu dihadiri oleh Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton; Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen; Menteri Pertahanan New Zealand, Penni Henare dan Menteri Angkatan Tentera United Kingdom, Dr. Jammes Heapey. – Bernama