SEORANG wanita yang melakukan aktiviti rekreasi sebelum mendaki Bukit Tunggal, Kampung Gajah, hari ini mengalami sesak nafas dan pengsan.
Pengunjung yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak untuk bantuan.
Jurucakap JBPM Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah menerima panggilan kecemasan jam 8.50 pagi.
“Anggota bomba menaiki pacuan empat roda milik orang awam sejauh kira-kira 2.5 kilometer (km) dari kaki bukit untuk membawa turun mangsa.
“Mangsa, 26, kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Kampung Gajah untuk rawatan lanjut,” katanya.
Operasi yang diketuai Megat Mohd. Dahari Megat Jamaludin itu tamat pukul 11.40 pagi. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.