Kes harian positif Covid-19 paling rendah hari ini

KES harian COVID-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan 5,434 kes baharu dilaporkan hari ini, terendah dalam tempoh tiga bulan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus itu sehingga kini, 2,396,121 kes.

Semalam, sebanyak 7,509 kes dilaporkan. – SB