Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Beli online iPhone, yang dapat dua buku sabun -

[VIDEO] Beli online iPhone, yang dapat dua buku sabun

HASRAT seorang lelaki di India untuk merakam video buka kotak (unboxing) setelah menerima iPhone yang dibelinya secara atas talian terbantut selepas mendapati dua buku sabun terkandung dalam bungkusan yang diterimanya.

Menurut The New Indian Express, Simranpal Singh telah membeli sebuah iPhone 12 128 GB menerusi platform e-dagang, Flipkart dengan harga Rs 51,999 (RM2,881) semasa jualan Big Billion Days.

Pun begitu, setelah bungkusan diterima, Simranpal kecewa kerana iPhone 12 yang ditunggu-tunggunya tiada dan digantikan dengan dua buku sabun jenama lokal, Nirma.

Simranpal berkata, ketika penghantar barang Flipkart tiba, dia memintanya membuka bungkusan terbabit dihadapannya sambil Simranpal merakam aksi itu. Difahamkan, video unboxing terbabit akan dimuatnaik ke laman YouTube.

Walau bagaimanapun, seletah menyedari dirinya ditipu, Simranpal enggan memberikan nombor OTP kepada pekerja penghantar barang berkenaan sebagai tanda pesanan sudah diterimanya.

Tidak cukup dengan itu, Simranpal sudah memfailkan aduan kepada bahagian perkhidmatan pelanggan Flipkart dan dilaporkan sudah menerima semula wangnya dalam jumlah penuh beberapa hari kemudian.

Dalam pada itu, jurucakap Flipkart berkata, pihak mereka mempunyai polisi ‘zero-tolerance’ membabitkan mana-mana insiden yang boleh memberi kesan kepada kepercayaan pengguna terhadap Flipkart.

Menurutnya, selepas isu itu tular di internet, pihak mereka segera menghubungi mangsa bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pengembalian semula wang secara penuh segera dilakukan. – SB