KERAJAAN belum membuat sebarang keputusan untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada rakyat di negara ini.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara tersebut masih dalam peringkat kajian dan tiada sebarang keputusan telah dibuat.
Bagaimanapun beliau menyarankan agar semua pihak memainkan peranan untuk mengambil suntikan vaksin bagi memudahkan urusan dan keistimewaan selain kelonggaran yang boleh diberikan kepada mereka.
“Keputusan mewajibkan vaksin belum diputuskan tapi kita sarankan agar semua dapatkan vaksin.
“Banyak keistimewaan dan kelonggaran yang bakal mereka terima.
“Saya nak beritahu setakat semalam dah 92 peratus mendapat vaksin. Satu dos 95 peratus. Yang tidak mahu vaksin hanya lebih kurang 1 peratus sahaja.
“Jadi dari segi prinsip kerajaan kita menjaga kepentingan ramai daripada menjaga dan melindungi kepentingan yang sangat sedikit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas meninjau penyelenggaraan lif di Perumahan Awam Seri Perak, Bandar Baru Sentul, dekat sini, pagi tadi.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.