Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
91.2 peratus populasi dewasa lengkap divaksin -

91.2 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

KADAR populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19 kini mencapai 91.2 peratus atau 21,355,550 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95 peratus populasi dewasa atau 22,247,174 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Semalam, sejumlah 206,418 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 46,458,672.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 17.5 peratus atau 551,972 orang telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 76.7 peratus atau 2,416,010 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.