Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
SPRM terima aduan Lokman isu tambak laut di Melaka -

SPRM terima aduan Lokman isu tambak laut di Melaka

KEMELUT politik Melaka yang didakwa berkait dengan tuduhan membolot projek ekonomi di negeri berkenaan kini memasuki fasa siasatan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan.

Agensi itu sudah pun membuka kertas siasatan sebelum ini dan semalam, menerima aduan daripada Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, berhubung dakwaan rasuah projek penambakan laut.

SPRM memaklumkan, satu kertas siasatan berhubung isu itu telah dibuka sebelum ini, justeru aduan yang dibuat di ibu pejabat suruhanjaya berkenaan, akan dikepilkan dalam kertas siasatan terbabit.

“SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes itu meliputi semua aspek dibangkitkan dalam aduan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti berhubung dakwaan pembolotan projek ekonomi serta menipu Kerajaan Persekutuan berkaitan royalti pasir di Melaka, supaya tampil memfailkan aduan.

Polemik itu tercetus susulan dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, mengenai isu berkenaan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat Adun menarik sokongan kepada kerajaan negeri dan ketika ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu itu pada Isnin ini – SB