Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Dua warga Ukraine mengaku tidak bersalah bergaduh di Changkat Bukit Bintang -

[VIDEO] Dua warga Ukraine mengaku tidak bersalah bergaduh di Changkat Bukit Bintang

TIGA lelaki tular yang terlibat dalam kes pergaduhan di sebuah premis di Jalan Changkat, Bukit Bintang, Isnin lalu didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.

Dua lelaki warga Ukraine, Symonenko Pavlo, 38, dan Peleshok Denys, 32, mengaku tidak bersalah, manakala lelaki warga tempatan, R. Satyananthan, 52, mengaku bersalah dan didenda RM500.

Semasa prosiding pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama empat lagi yang masih bebas telah melakukan gaduh gempar dengan melakukan pergaduhan dan kekecohan ditempat awam.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur, jam 5.50 petang, pada 10 Oktober lalu yang didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.

Dalam prosiding itu, mahkamah membenarkan tertuduh Symonenko dan Peleshok diikat jamin masing-masing RM1,000 dengan dua penjamin warga tempatan.

Tarikh 26 November ini ditetapkan sebutan semula kes bagi kedua- dua tertuduh itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd. Latip, Peguam Rajsurian Pillai mewakili Symonenko dan Peleshok manakala peguam Revin Kumar mewakili tertuduh Satyananthan.- SB