Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Polis rampas kereta bekas ADUN Melaka -

[VIDEO] Polis rampas kereta bekas ADUN Melaka

POLIS Melaka merampas sebuah kenderaan rasmi kerajaan negeri jenis Toyota Camry yang sebelum ini didakwa enggan dipulangkan bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN), Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Kereta bernombor pendaftaran MAL 3 berwarna hitam itu dirampas pasukan polis di sebuah tempat letak kereta di Jalan Tun Perak, jam 11.20 pagi semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata rampasan itu dibuat pihaknya susulan laporan polis diterima membabitkan salah guna kenderaan rasmi kerajaan negeri secara tidak jujur.

Laporan polis dibuat oleh seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka mengatakan kenderaan terbabit tidak dipulangkan Norhizam.

“Semalam, polis membuat permohonan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi mengeluarkan waran geledah untuk mengesan dan merampas barang kes.

“Susulan itu sepasukan polis merampas Toyota Camry terbabit bersama kunci kereta, kad Touch n Go dan satu kad minyak daripada pemandu rasmi Datuk Norhizam,” katanya.

Hingga kini seramai lima saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan. Mereka terdiri daripada kakitangan pejabat (SUK) dan lebih ramai saksi yang akan dipanggil termasuk Datuk Norhizam.

“Siasatan lanjut juga akan dijalankan bagi mengetahui bagaimana kereta itu boleh diletakkan di lokasi itu dan apa kaitan dengan pemilik lot tempat letak kereta,” katanya.

Abdul Majid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan. – SB