[VIDEO] PM sebak bentang isu kemiskinan

0
293

PADA hari-hari lain persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara pada sesi kali ini, Perdana menteri datuk seri Ismail Sabri Yaakob akan berucap atau berhujah dengan amat tenang.

Namun keadaan berbeza pada persidangan hari ini, Selasa, 12 Oktober 2021.

Ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bertemakan Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif dan Mampan di Dewan Negara, nada suara sebentar tadi, Ismail Sabri berucap dengan nada yang agak sayu.

Sesekali suara beliau tersekat-sekat menahan sebak sehingga beliau terpaksa berhenti berucap beberapa kali.

Ismail Sabri hari ini beliau tidak mampu menahan perasaan sebak sewaktu mengimbau kepayahan dan keperitan hidup zaman kanak-kanaknya yang lahir daripada keluarga penoreh getah.

Beliau beremosi dan dilihat menyeka air mata sewaktu membaca perenggan ke-42 ucapan beliau.

“Isu kemiskinan sangat dekat di hati saya. Dilahir dan membesar daripada keluarga penoreh getah, saya sangat memahami kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.

“Pandemik COVID-19 yang telah melanda telah meningkatkan kadar kemiskinan, menjejaskan pendapatan individu dan isi rumah seterusnya menghimpit keluarga kita dalam kemiskinan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pertubuhan masyarakat sivil (CSO), badan korporat, orang perseorangan dan majlis agama Islam negeri yang sentiasa prihatin dan menyokong kerajaan dalam membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik,” kata beliau.

Rancangan Malaysia dari tahun 2021 hingga 2025 itu sebelum ini telah diluluskan di Dewan Rakyat, Khamis lalu selepas dibentang pada 27 September dan dibahas oleh 106 Ahli Parlimen.

Ia akan melalui sesi perbahasan Ahli Dewan Negara sebelum diluluskan di peringkat Dewan Negara. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here