Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kerangka jaringan keselamatan ekuiti pastikan jual saham kepada bumiputera lain -

Kerangka jaringan keselamatan ekuiti pastikan jual saham kepada bumiputera lain

KERANGKA jaringan keselamatan ekuiti yang akan diperkenalkan kerajaan adalah untuk memastikan penjualan saham atau syarikat milik agensi mandat bumiputera hanya ditawar kepada bumiputera lain.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, cadangan itu tidak akan mengambil hak kepentingan kaum lain.

Pada masa sama, kata beliau, syarikat swasta tidak akan tertakluk kepada cadangan kerajaan untuk memperkenalkan kerangka jaringan keselamatan ekuiti bumiputera.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, syarikat swasta tertakluk kepada peraturan sedia ada di bawah kawal selia sektor berkenaan.

“Kerangka ini akan diperkenalkan supaya penjualan saham atau syarikat milik agensi mandat bumiputera hanya ditawar dan dijual kepada konsortium, syarikat atau individu bumiputera yang lain.

“Antara agensi mandat bumiputera ini adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang menyumbang peratusan terbesar kepada pemilikan ekuiti bumiputera serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).

“Ini bagi memastikan penjualan saham dan syarikat oleh syarikat tempatan kepada pemilik asing akan dapat dikawal dan seterusnya memastikan pemilikan ekuiti bumiputera tidak terhakis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memaklumkan, Akta Syarikat 2016 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 juga sedang ditambah baik.

Katanya, ia bagi membolehkan pemilik sebenar saham di bawah pegangan nomini dikenal pasti.

Perdana Menteri berkata, pada masa ini pegangan nomini tidak disyaratkan untuk mendedahkan pemilik sebenar saham.

“Sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat bumiputera masih belum tercapai.

“Status pemilikan ekuiti sektor korporat berasaskan nilai pasaran tahun 2019 merekodkan pegangan bumiputera hanya mencapai 17.2 peratus; bukan bumiputera (25 peratus); pegangan asing. – SB