Biarlah orang terus berkata-kata – Erra Fazira ulas gosip kahwin Menteri

0
792

SEJAK semalam lagi nama penyanyi dan pelakon, Erra Fazira menjadi perbualan hangat netizen susulan khabar angin mendakwa pelakon berkenaan sudah berkahwin dengan seorang ahli politik.

Berita mengejutkan tentang perkahwinan tersebut telah dikongsikan oleh Abam Kumis di Twitter yang menyatakan bahawa Erra Fazira dikatakan telah menjadi isteri kedua kepada seorang ahli politik.

Menurut Abam Kumis, dia mengetahui berita berkenaan daripada jiran ‘pengantin baru’ tersebut dan mengatakan pelakon berkenaan telah berpindah serta duduk serumah dengan ahli politik tersebut.

Meskipun tidak mempunyai bukti yang sahih, rata-rata netizen mempercayai khabar angin berkenaan selepas ianya hebat dibincangkan di media sosial.

Namun, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek meninggalkan kiasan menafikan perkahwinannya kepada netizen yang telah membanjiri ruangan komennya dengan persoalan mengenai isu tersebut.

“Tak habis-habis cerita kahwin ini. Apa pun, orang suka bercakap, jadi biarlah mereka terus berkata-kata,” katanya menerusi Instagram beliau.

Erra telah menafikan perkhabaran tersebut meskipun tidak menjelaskan mengenainya secara terperinci.

Bagaimanapun, netizen disarankan agar tidak mencetuskan sebarang spekulasi jika tiada sebarang bukti atau kenyataan rasmi daripada pelakon itu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here