Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga kanak-kanak cari kepah dikhuatiri lemas -

Tiga kanak-kanak cari kepah dikhuatiri lemas

TIGA kanak-kanak dikhuatiri lemas ketika mencari kepah bersama keluarga di muara Sungai Kampung Mangkuk Setiu, semalam.

Ketiga-tiga mereka yang hilang ketika air pasang kira-kira 5.30 petang itu adalah Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11 dan adik lelakinya Muhammad Aryyan Faheem, 7 serta seorang saudara mereka, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, 

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Setiu Rosli Latif berkata sebelum kejadian, terdapat tiga orang dewasa dan enam kanak-kanak sedang berada di dalam air untuk mencari kepah.

“Apabila air pasang dengan cepat, tiga individu dewasa tersebut hanya sempat menyelamatkan tiga kanak-kanak sahaja manakala tiga lagi gagal diselamatkan sebelum hilang dari pandangan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh pihak bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan penduduk kampung.