Polis buru pemandu e-hailing tunjuk kemaluan kepada wanita

0
296

PADAH tayang kemaluan kepada wanita, seorang pemandu e-hailing kini menjadi buruan polis.

Lelaki berkenaan disyaki melakukan kemaluan tidak senonoh itu kepada seorang pelanggan wanita dalam satu kejadian pada Selasa di hadapan pejabat mangsa di Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis kira-kira pukul 6.36 petang Selasa lalu.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan pengadu, dia pergi berjumpa pemandu e-hailing berkenaan untuk mengambil barang yang dipesannya.

“Namun sejurus tiba, dia ternampak zip seluar suspek dalam keadaan terbuka sehingga menampakkan kemaluannya. Lelaki itu juga memegang pergelangan tangan kiri wanita berkenaan semasa dia mahu mengambil barang yang dipesannya.

“Wanita itu kemudian menarik tangannya dan terus beredar dari lokasi sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, Abd. Khalid berkata, suspek didapati menggunakan Perodua Bezza yang berbeza daripada rekod syarikat e-hailing terbabit.

Sehubungan itu beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Beliau menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343 untuk tindakan lanjut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here