Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PGA 9 rampas 9,700 kotak cecair vape cuba diseludup ke negara jiran -

PGA 9 rampas 9,700 kotak cecair vape cuba diseludup ke negara jiran

BATALION 9 Pasukan Gerakan Am (PGA 9) merampas 9,700 kotak cecair vape pelbagai jenama bernilai RM150,000 yang dipercayai cuba diseludup keluar berikutan permintaan tinggi di negara jiran, semalam.

Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan dilakukan di Kampung Simpangan, Tumpat, pada pukul 5 petang.

Beliau berkata, semasa melakukan rondaan, anggota Strike Force Kompeni ‘C’ PGA 9 melihat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan kotak berwarna coklat mengandungi 9,700 kotak cecair vape yang disyaki ingin diseludup ke Thailand melalui jalan yang tidak diwartakan.

“Setelah menunggu kira-kira 30 minit, seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun datang dan mengaku barangan itu miliknya.

“Berikutan itu anggota pasukan telah bertindak merampas 9,700 kotak cecair vape pelbagai jenama, satu pod vape jenama RELX bernilai RM60 dan sebuah kereta Proton Wira bernilai RM7,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azhari berkata, lelaki serta seluruh barangan rampasan yang dianggar bernilai RM157,060 itu dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Kuala Jambu untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952. – Bernama