Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KKM lulus vaksin Pfizer sebagai dos penggalak di Malaysia -

KKM lulus vaksin Pfizer sebagai dos penggalak di Malaysia

Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang bersidang hari ini, memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Cormirnaty keluaran Pfizer sebagai dos penggalak pertama untuk memerangi COVID-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata vaksin Cormirnaty keluaran Pfizer Manufacturing Belgium (NV) dan Biontech Manufacturing GmbH, Germany itu, akan diberi sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua kepada individu berusia 18 tahun ke atas.

“Vaksin Comirnaty sebelum ini sudah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berusia 12 tahun dan ke atas pada 15 Jun lalu.

“Ini adalah vaksin COVID-19 pertama yang diluluskan bagi penggunaan dos penggalak di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.