SELEPAS Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Idris Haron temui Mohamad Sabu pula.
Pertemuan dengan Presiden Parti Amanah Nasional (Amanah) semalam itu disahkan sendiri oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron.
Kata beliau dalam kenyataan ringkas yang diedarkan hari ini kepada kepada wartawan, pertemuan yang berlangsung itu hanyalah perjumpaan biasa dengan pemimpin pembangkang.
“Mohamad Sabu hanya ucap tahniah dan berpesan teruskan perjuangan mencegah kemungkaran dan membina kesejahteraan rakyat.
“Tiada sebarang tawaran diberikan,” kata Idris.
Kenyataan dikeluarkan selepas beberapa gambar bekas Ketua Menteri Melaka Kesepuluh itu bertemu Mohamad Sabu dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari tular di media sosial.
Perkembangan terkini itu menimbulkan tanda tanya halatuju gelora krisis politik negeri Melaka yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pada 4 Oktober lepas, Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam telah bersetuju membubarkan DUN Melaka Ke-14 berkuatkuasa pada tarikh yang sama bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Suasana politik Melaka menjadi semakin hangat apabila emalam, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan mereka hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Pembubaran itu dibuat susulan empat ADUN negeri termasuk Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) mengumumkan telah hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali pada Isnin lalu.
DUN Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 14 kerusi dipegang BN, Bersatu (dua), DAP (tujuh), PKR (dua), Amanah (dua) dan Bebas (satu). – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.