Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Perbincangan larangan jual minuman keras masih berjalan -

[VIDEO] Perbincangan larangan jual minuman keras masih berjalan

HASRAT Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengehadkan penjualan arak di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina di ibu negara menjadi hangat di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika sesi pertanyaan menteri, Teresa Kok (PH-Seputeh) menganggap tindakan tersebut adalah tidak adil kepada pengusaha kedai bukan Islam di Kuala Lumpur.

“Yang bertanya soalan ini adalah Yang Berhormat Dungun (Wan Hassan Mohd Ramli), tetapi, Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk dan bukannya masyarakat konservatif seperti di Dungun. Selama ini, tiada masalah bagi kedai di Kuala Lumpur untuk menjual arak kerana ini produk mereka.

“Jadi, cadangan garis panduan melarang penjualan arak ini memang tidak adil kerana ada kedai ubat Cina yang menjual produk mengandungi alkohol dan dijual untuk kesihatan, oleh itu, larangan ini sebenarnya mengecewakan pengusaha kedai runcit dan kedai ubat Cina.

“Kalau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ganggu operasi bisnes kecil macam ini, mereka nak minum boleh beli secara online menyebabkan penjualan secara haram itu akan lebih giat lagi, ini bukan apa yang dikehendaki kerajaan. Jadi adakah menteri akan adakan satu sesi dialog antara penjual dengan pihak yang membantah?” soalnya.

Kata-kata Teresa mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan Ahli Parlimen terutamanya dari Pas yang bangun dan cuba mengganggu sesi soalan tambahan tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Wilayah, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim bangkit meredakan kehangatan isu tersebut.

“Saya ada buat perjumpaan, tapi, belum habis lagi, itu sebab saya tangguhkan penguatkuasaan hingga 31 Oktober ini, sebab kita bukan sahaja kena fikir pasal orang nak jual sahaja, tapi kena fikir orang yang nak beli. Ini kerajaan Keluarga Malaysia, kita menghormati orang Islam dan bukan Islam, kalau melihat kepada jumlah lesen yang diluluskan untuk bukan Islam, saya ingat mencukupi.

“Tetapi jual arak secara bebas di merata tempat, ini tidak wajar kerana dia melibatkan anak muda yang boleh membeli minuman arak dan juga minuman yang tidak dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan, berlegar dan di jual di mana-mana.

“Jadi kita terpaksa perkenalkan undang-undang menyekat daripada kemudahdapatan supaya orang Islam dan bukan Islam tidak boleh menyediakan atau menghidang minuman keras di mana-mana pun tapi orang bukan Islam boleh jual di tempat yang dibenarkan seperti hotel, pub, bar, dan kedai runcit yang khusus untuk jualan arak,” katanya.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan meneruskan perjumpaan dengan semua pihak.

“Sebab saya tak mahu buat keputusan dalam keadaan Yang Berhormat terbuku di hati dan saya tak seronok nak buat keputusan, biar sama-sama win-win bila buat keputusan.

“Kita bukan nak cari punca gaduh tapi kita nak cari helah untuk berkawan,” katanya. –SB