Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Harga ujian kit kendiri akan diturunkan lagi -

Harga ujian kit kendiri akan diturunkan lagi

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersetuju untuk menurunkan lagi harga kit ujian kendiri COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata kedua-dua kementerian itu sudah berbincang mengenai penurunan harga kit ujian kendiri berkenaan, dan ia akan diumum dalam tempoh terdekat.

Katanya, penurunan harga itu akan mengambil kira tempoh peralihan supaya pembekal memiliki masa mencukupi untuk menjual bekalan kit ujian kendiri sedia ada.

“KPDNHEP dan KKM sudah berbincang untuk menurunkan lagi harga kit ujian kendiri dan ia mungkin akan diumum dalam tempoh terdekat.

“Kita sudah ada harga (baharu) untuk dijadikan harga siling yang adil kepada pengguna dan pembekal.

“Namun apabila diumumkan nanti, ia akan mengambil kira tempoh peralihan supaya pembekal memiliki tempoh untuk menjual stok sedia ada,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Sebelum ini, KPDNHEP menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90, manakala harga borong ditetapkan RM16.

Semalam, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Dr N Marimuthu, dilaporkan berkata harga runcit maksimum RM19.90 yang ditetapkan kerajaan dilihat masih tinggi dan perlu diturunkan kepada RM9.90.

Pakar kesihatan turut mencadangkan harga kit ujian itu diturunkan kepada bawah RM10 bagi menggalakkan orang ramai melaksanakan ujian kendiri COVID-19 sebelum merentas negeri. -SB