Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ahmad Maslan tarik diri jadi calon Timbalan Speaker -

Ahmad Maslan tarik diri jadi calon Timbalan Speaker

AHLI Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan menarik diri daripada pencalonan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada tugas beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO, ketika suasana politik yang mencabar.

“Saya telah berbincang dengan Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), Timbalan Presiden UMNO dan tiga Naib Presiden UMNO termasuk perdana menteri semalam dan saya telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada pencalonan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, nama Ahmad Maslan dicalonkan blok kerajaan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat, bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said pada 23 Ogos lalu.

Mmanakala pembangkang pula mencalonkan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming, bagi mewakili Pakatan Harapan (PH).

Namun, sehingga ke hari ini, belum ada keputusan muktamad dibuat bagi membantu Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengendalikan sesi di Parlimen. – SB