Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
450 juta serangan siber sepanjang Olimpik Tokyo berjaya dihalang -

450 juta serangan siber sepanjang Olimpik Tokyo berjaya dihalang

KIRA-KIRA 450 juta cubaan serangan siber ke atas laman sesawang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo berjaya dihalang pihak berkuasa, lapor  Agensi Anadolu memetik media tempatan pada Selasa.

Percubaan serangan siber dikesan bermula semasa pembukaan Olimpik pada 23 Julai sehingga penutup Paralimpik pada 5 September. 

“Hasil perkongsian maklumat dan tindak balas yang diambil pihak-pihak berkaitan, kami dapat mencegah serangan siber tanpa menyebabkan kerosakan,” menurut jawatankuasa penganjur dalam satu kenyataan.

Agensi Berita Kyodo melaporkan memetik Trend Micro, sebuah firma keselamatan internet, jumlah serangan siber berkurangan jika dibandingkan dengan Olimpik Musim Panas London 2012 dan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018.

Ini kemungkinan disebabkan Sukan Tokyo diadakan tanpa penonton akibat pandemik COVID-19, firma itu mendapati “penggodam tidak dapat menyalahgunakan maklumat tiket dan penonton”.

Olimpik London menyaksikan jumlah serangan siber tertinggi pernah direkodkan dengan 200 juta serangan menyasarkan laman sesawang rasmi dan serangan ke atas semua organisasi berkaitan dianggarkan sekitar 2.3 bilion.

Sementara, ketika penganjuran Sukan Olimpik PyeongChang, merekodkan kira-kira 600 juta percubaan serangan siber.