Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemaju hartanah terkait kes terowong maut jatuh bangunan -

Pemaju hartanah terkait kes terowong maut jatuh bangunan

PEMAJU hartanah ternama Ewe Swee Kheng yang merupakan saksi utama pendakwaan projek terowong bawah tanah melibatkan bekas ketua menteri, Lim Guan Eng maut setelah jatuh dari Pangsapuri Palazzo di Pulau Tikus, Pulau Pinang.

Portal Malaysianow melaporkan, Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong mengesahkan insiden tersebut hari ini namun tidak mendedahkan sebarang butiran berhubung kejadian.

Swee Kheng adalah pengarah urusan syarikat pemaju bertanah Ewein Bhd yang berpangkalan di Pualu Pinang.

Beliau pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018 sebagai sebahagian daripada siasatan projek terowong bawah tanah di Pulau Pinang.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Swee Kheng jatuh dari tingkat 17 sebuah pangsapuri mewah pada pukul dua pagi dan jatuh dalam kolam renang bangunan berkenaan.

Susulan penahanannya sebelum ini, Ewein Bhd. berkata pihaknya atau anak syarikatnya tidak pernah terlibat dalam projek tersebut.

Ketika perbicaraan yang masih berjalan ketika ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Guan Eng berdepan empat pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah berkait projek pembinaan terowong bawah tanah dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion

Pembinaan terowong sepanjang 7.2km itu bakal menjadi jalan raya bawah laut pertama dalam negara menghubungkan Butterworth dan George Town.

Pembinaannya dijalankan bersama antara kerajaan negeri dan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Dalam pada itu, SPRM turut mengesahkan Swee Kheng adalah saksi pendakwaan kes dan pihaknya telah dimaklumkan mengenai kematian beliau hari ini.