Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Bangunan lapan tingkat runtuh akibat hujan lebat -

[VIDEO] Bangunan lapan tingkat runtuh akibat hujan lebat

SEBUAH bangunan lapan tingkat runtuh di Himachal Pradesh, India, pada Khamis, dipercayai akibat tanah runtuh susulan hujan lebat di kawasan tersebut, kata Pengarah Pengurusan Bencana Himachal Pradesh, Sudesh Kumar Mokhta pada Jumaat.

Katanya, runtuhan tersebut turut menyebabkan kemusnahan kepada dua bangunan berdekatan serta membahayakan beberapa bangunan lain di sekitar kawasan tersebut, termasuk sebuah hotel.

Bagaimanapun menurut Mokhta, pihak pentadbiran daerah telah pun memberi bantuan kewangan segera bernilai lebih RM560 (Rs 10,000) kepada penduduk tempatan.

Namun, setakat ini tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan. – SB