Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
RM2.8 bilion sudah dibelanja untuk PICK -

RM2.8 bilion sudah dibelanja untuk PICK

KERAJAAN sudah membelanjakan kira-kira RM2.8 bilion daripada RM5 bilion yang diperuntukkan untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), setakat 20 Ogos lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba, memaklumkan daripada jumlah itu, sejumlah RM2.6 bilion atau lebih 92 peratus digunakan khusus untuk pembelian dan logistik vaksin COVID-19.

“Sejumlah RM210 juta pula digunakan untuk program penyumberluaran program imunisasi oleh pengamal perubatan swasta, manakala kos bagi aset PICK Kementerian Kesihatan (KKM) pula berjumlah RM19 juta.

“Kos bagi bekalan pakai habis pula berjumlah RM11 juta dan bahan pendidikan vaksin, termasuk kad vaksinasi dan borang kebenaran adalah RM1.9 juta.

“Bagi kos pengurusan pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 pula berjumlah RM1.3 juta, manakala kos survelan pasca imunisasi dan naik taraf sistem KKM adalah RM443,000,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Yeo Bee Yin (PH-Bakri), mengenai jumlah yang dibelanjakan untuk PICK daripada peruntukan RM5 bilion. – SB