Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MDEC nafi tawar baucar tunai untuk perniagaan -

MDEC nafi tawar baucar tunai untuk perniagaan

PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) tidak pernah mengeluarkan sebarang mesej menawarkan baucar yang boleh ditebus dengan wang tunai kepada syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menurut MDEC dalam kenyataannya hari ini, perbadanan menyedari banyak percubaan, termasuk mesej terbaru ini, untuk menggunakan namanya di media sosial dan aplikasi WhatsApp dalam usaha untuk menipu orang ramai.

“MDEC menegaskan bahawa mesej atau posting seperti itu palsu dan memberikan persepsi negatif terhadap program sokongan digitalisasi perniagaan yang sedang dijalankan oleh kerajaan untuk perniagaan,” menurut kenyataan itu.

Oleh itu, MDEC meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita yang tidak disahkan atau palsu dan sebaliknya merujuk kepada laman web rasmi dan juga saluran media sosial MDEC untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini.

Untuk berita dan pengumuman terkini, orang ramai boleh melayari http://mdec.my, katanya. – Bernama