Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Seri Perdana perlu dibaik pulih -

Seri Perdana perlu dibaik pulih

KERAJAAN perlu membaik pulih Kompleks Seri Perdana kerana kediaman rasmi Perdana Menteri sejak 1999 itu mengalami banyak kerosakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat skop kerja-kerja membaik pulih dengan kos keseluruhan sebanyak RM38.5 juta, termasuk kerja-kerja penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap Kompleks Seri Perdana.

“Projek ini telah diluluskan pada 19 Mac 2021 dan kerja-kerja bermula pada 29 Mac 2021. Ia dijangka siap pada 7 Disember 2021.

“Setakat hari ini (29 September 2021), kerja-kerja baik pulih telah mencapai 74 peratus kemajuan, berbanding 71 peratus seperti dalam jadual,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Abd Latiff turut menjelaskan, soalan lisan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang Dewan Rakyat tentang projek tersebut dijawab oleh beliau selaku menteri yang bertanggungjawab dan bukannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.